Monday, 24 November 2014

Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey

Definisi

Mengelas bermakna mengumpulkan bahan-bahan yang sejenis/berkaitan, dan diletakkan setempat/berdekatan.


Jenisnya adalah:
#Subjek
#Media

Tujuan Pengkelasan
#mengesan
#mencapai
#bahan dicari dengan mudah, dengan bantuan yang paling minima dari pustakawan.


DDC - Sistem Pengkelasan Dewey


  • Sejarah sistem:
  • Ciptaan Mevil Dewey 1876
  • Telah disunting beberapa kali
  • Edisi 20 ialah pada 1989
  • Edisi 21 ialah pada 1996
  • Kementerian Pendidikan telah memilih DDC kerana mudah difahami dan kesesuaiannya dengan koleksi sekolah.


Sepuluh Bahagian Utama Dalam DDC




Bahagian Kecil Dari Bahagian Utama




10 Bahagian Utama dengan NOTASI dalam DDC

000 Karya Am
100 Falsafah
200 Agama
300 Sains Sosial
400 Bahasa
500 Sains Tulin
600 Teknologi
700 Kesenian
800 Kesusteraan
900 Geografi & Sejarah

Pembahagian Kecil Dari Bahagian Utama




Pembahagian Lebih Khusus




Pembahagian Lebih Khusus (Contoh)

590 Haiwan
595 Invertebrata
597 Ikan/Ampibia
598 Burung
599 Mamalia

Pembahagian Mengikut Geografi & Sejarah

Geografi Kawasan Sejarah
915 Asia 950
915.9 Asia Tenggara 959
915.95 Malaysia 959.5
915.955 Brunei 959.55


Pembahagian Mengikut Bahasa & Kesusteraan

Bahasa Kesusteraan
420 Inggeris 820
430 German 830
440 Perancis 840
450 Itali 850
460 Sepanyol 860
470 Latin 870
480 Gris 880

Peruntukkan Nombor DDC Untuk Bentuk Penulisan
-01 Falsafah dan teori
-02 Pelbagai (ilustras, direktori, radas)
-03 Kamsu, Insaiklopedia
-04 Tajuk khas
-05 Terbitan bersiri
-06 Organasasi dan pengurusan
-07 Pendidikan, Penyelidikan
-08 Sejarah/huraian mengikut peringkat umur orang
-09 Dari sudut sejarah


Panduan Mengelas
Karya itu sendiri
jadual kandungan
pendahuluan
ciri-ciri istimewa
teks
tajuk
Dari punca lain
buku rujukan
pakar

Langkah Mengelas
Pilih nombor DDC berdasarkan
tentukan bahagian utama bidang berkenaan
dapatkan bahagian kecil
pilih nombor yang paling tepat
Letakkan bahan di bawah nombor pengkelasan yang anda fikir paling sesuai dan akan dicari oleh ramai orang.
Jikal lebih daripada satu perkara atau aspek dibincangkan,
Pilih satu nombor pengkelasan yang dapat merangkum semua perkara atau aspek tersebut
Pilih perkara yang ditegaskan melalui jumlah muka surat, ataupun perkara yang mencerminkan hasrat penulisnya.
Jika dua perkara diberi penekanan yang sama, pilih mana yang disebut dahulu.

Panduan Am Pengelasan
Sesebuah buku atau bahan itu perlulah diberikan nombor pengelasan yang anda fikir paling sesuai dan yang akan dicari oleh ramai pengguna.
Anda hendaklah ada alasan mengapa sesebuah buku atau bahan itu diletakkan pada nombor yang anda pilih itu.

Bahan-bahan Khas
Buku-buku Rujukan biasanya dikelaskankan sebagai satu bahan khas, dan ada peraturan khas untuk meminjamnya. Buku ini biasanya dibezakan daripada koleksi lain dengan menambahkan ‘R’ sebelum nombor pengelasannya.
Nombor pengelasan (DDC) bagi Fiksyen Melayu ialah 899.23. Biasanya sepertiga daripada koleksi PSS di sekolah rendah, ialah fiksyen. Untuk memudahkan kerja, pustakawan boleh menggantikan nombor ‘899.23’ kepada ‘F’.

Bahan Khas (Bentuk Bahan)
Dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, bentuk media juga turut berubah. Supaya mudah diakses, bahan-bahan seperti keset video, keset audio, cakra padat dan lain-lain perlu dikhaskan kelas dan tempatnya.
Contohnya:
CD782.42 - Cakra padat lagu Melayu
VID591.5 - Pita vedio mengenai Gajah

Nombor Panggilan
Nombor Panggilan ialah alamat kepada bahan-bahan dalam pusat sumber.
Ia terdiri daripada:
Nombor Pengelasan
3 Abjad awal ‘entry utama’.
Biasanya ia ditulis / dipaparkan di bahagian bawah tulang (spine) buku.


credit:
http://pkgairhitampss.blogspot.com/2007/12/sistem-pengelasan-perpuluhan-dewey.html

No comments:

Post a Comment

My Great Web page