Sunday, 25 September 2011

PERINCIAN ISI KANDUNGAN DALAM FAIL KUASA PSS


Bab 1 : Pengenalan Kepada Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah
1.1 Pendahuluan
1.2 Tujuan
1.3 Isi kandungan
1.4 Prosedur pindaan
Bab 2 : Maklumat Pusat Sumber Sekolah
2.1 Sejarah Penubuhan PSS
2.2 Lokasi PSS (pelan)
2.3 Visi PSS
2.4 Misi PSS
2.5 Piagam PSS
2.6 Matlamat PSS
2.7 Objektif PSS
2.8 Fungsi & peranan PSS
Bab 3 : Jawatankuasa Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
3.1 Jawatankuasa Induk PSS:-
(a) struktur organisasi
(b) senarai tugas
3.2 Jawatankuasa Kerja PSS:-
(a) struktur organisasi
(b) senarai tugas
Bab 4 : Pengawas Pusat Sumber Sekolah
4.1 Badan Pengawas PSS (struktur organisasi)
4.2 Prosedur pemilihan Pengawas PSS:-
(a) kriteria pemilihan
(b) pakaian seragam
(c) kehadiran
(d) senarai tugas
(e) senarai semak
(f) borang kebenaran
(g) surat pelantikan
4.3 Sistem Merit Pengawas PSS
Bab 5 : Peraturan Pusat Sumber Sekolah
5.1 Peraturan Am
5.2 Peraturan Khusus
5.3 Peraturan Penggunaan Alat / Ruang (Bilik)
5.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Bahan / Alat
Bab 6 : Pengurusan & Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
6.1 Pengurusan Sistem Fail PSS
6.2 Rekod-rekod Penggunaan, Pinjaman & Pemulangan
6.3 Rancangan Tahunan PSS
6.4 Laporan PSS (bulanan & tahunan)
6.5 Manual Prosedur Kerja (MPK)
6.6 Fail Meja (FM)
6.7 Rancangan Pembangunan PSS
6.8 Dokumentasi
Bab 7 : Koleksi Bahan Pusat Sumber Sekolah
7.1 Dasar pemilihan buku dan bukan buku
7.2 Prosedur pemilihan koleksi buku dan bukan buku (jenis, nisbah, bahasa dan sebagainya)
7.3 Proses pemilihan dan pemerolehan bahan / alat
7.4 Pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi PSS
Bab 8 : Kewangan Pusat Sumber Sekolah
8.1 Prosedur kewangan
8.2 Punca kewangan
8.3 Anggaran Perbelanjaan
8.4 Laporan Kewangan
Bab 9 : Organisasi Bahan Pusat Sumber Sekolah
9.1 Pengurusan bahan secara berpusat
9.2 Sistem Pengelasan
9.3 Proses Teknik
9.4 Pengkatalogan
9.5 Lokasi bahan
9.6 Penyusunan bahan
Bab 10 : Aktiviti Pusat Sumber Sekolah
10.1 Mesyuarat / Taklimat
10.2 Kursus / Bengkel
10.3 Pertandingan
10.4 Program Perkembangan Staf
10.5 Program Orientasi PSS
10.6 Lawatan
10.7 Gotong Royong
10.8 Pameran
10.9 Minggu PSS
10.10 Promosi PSS
10.11 Program Panitia Mata Pelajaran
10.12 Aktiviti Galak Guna PSS
Bab 11 : Stok dan Inventori Pusat Sumber Sekolah
11.1 Pengurusan Harta Modal (Kew 312)
11.2 Penyenggaraan Harta Modal (Kew 312A)
11.3 Daftar Inventori (Kew 313)
11.4 Daftar Bekalan Pejabat (Kew 314)
11.5 Rekod Perolehan Bahan Buku
11.6 Rekod Perolehan Bahan Bukan Buku
11.7 Rekod Perolehan Akhbar
11.8 Rekod Perolehan Majalah
11.9 Semakan stok (buku, bahan bukan buku, perabot dan peralatan)
11.10 Pelupusan
11.11 Hapuskira
11.12 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (Kew 315)
Bab 12 : Sirkulasi / Edaran Bahan Pusat Sumber Sekolah
12.1 Sistem sirkulasi
12.2 Keahlian
12.3 Pinjaman berkelompok
Bab 13 : Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
13.1 Jenis-jenis perkhidmatan:-
(a) Peminjaman buku
(b) Peminjaman buku rujukan
(c) Peminjaman berkelompok
(d) Peminjaman bahan bukan buku
(e) Peminjaman peralatan
(f) Peminjaman pihak luar
(g) Reprografi
(h) Koleksi soalan
(i) Rakam salin
(j) Sebaran maklumat
(k) Rekreasi
(l) Khidmat nasihat dan bimbingan
(m) Pameran
(n) Promosi dan sebagainya
13.2 Waktu perkhidmatan:-
(a) Satu masa khas setiap kelas
(b) Waktu rehat
(c) Waktu tengah hari
(d) Waktu petang
(e) Hari sabtu
(f) Cuti sekolah
(g) Jadual waktu Guru Perpustakaan & Media
Bab 14 : Automasi Pusat Sumber Sekolah
14.1 Sistem yang digunakan
14.2 Sistem keselamatan
14.3 Menu utama
14.4 (Output)
14.5 Prosedur memasukkan data
14.6 Alat Pembaca Label Kod Berpalang (Bar code)
14.7 Rangkaian (networking)
14.8 Carian maklumat
14.9 Laporan
Bab 15 : Program Bacaan (NILAM)
15.1 Konsep Program NILAM:-
(a) Latar belakang
(b) Rasional
(c) Asas pertimbangan
(d) Pendekatan
(e) Model program nilam
(f) Tahap program nilam (jauhari & rakan pembaca)
(g) Sistem ganjaran
15.2 Strategi pelaksanaan Program NILAM:-
(a) Pengenalan
(b) Pelaksanaan
(c) Bahan
(d) Peranan
(e) Pengumpulan data
(f) Contoh-contoh rekod bacaan
(g) Aktiviti NILAM – Bulan Membaca Kebangsaan (Julai), Hari Buku Sedunia (23 April), Hari Pusat Sumber Sekolah Antarabangsa (Hari Isnin minggu keempat bulan Oktober)

more...
http://pss2020.wordpress.com/

Friday, 23 September 2011

Pengurusan Pusat Sumber


Pengurusan PSS
Perkembangan dalam pengurusan pusat sumber sekolah (PSS) hari ini dilihat begitu pesat berbanding masa yang lalu. Perkembangan terkini berkenaan jawatan khas yang diwujudkan iaitu guru perpustakaan dan media, memperlihatkan betapa PSS mempunyai peranan yang penting di sekolah. Hari ini, PSS bukan hanya sebuah bilik tetapi ia merangkumi seluruh sekolah.
Perubahan demi perubahan yang dibuat bertujuan memantapkan peranan PSS di sekolah bagi membantu melahirkan murid-murid yang cemerlang. Atas kesedaran itu, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman melalui Pusat-Pusat Kegiatan Guru Negeri Kedah Darul Aman mengambil langkah proaktif dalam membantu guru-guru perpustakaan dan media menguruskan PSS.

Struktur Organisasi
Kakitangan Pentadbiran
Mengenalpasti Jenis Kemahiran Yang Diperlukan.
Umumnya terdapat 6 kemahiran yang diperlukan untuk pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Antaranya;
  • · Kemahiran Asas Sebagai Pentadbir :
    • berkebolehan mendapatkan bantuan, sokongan dan kerjasama daripada pihak sekolah khususnya guru besar, guru-guru, PIBG dan sebagainya.
  • · Kemahiran Sebagai Guru :
    • berkemahiran memperolehi dan memilih bhan-bahan, berkerjasama merancang, dan menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran, memberi nasihat dan bantuan dalam penggunaan bahan-bahan kepada murid-murid dan guru-guru lain.
  • · Kemahiran Sebagai Penghasil :
    • berkebolehan mencipta dan menghasilkan bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti kerja-kerja grafik, rakaman, fotografi dan sebagainya.
  • · Kemahiran Sebagai Pustakawan :
    • berkaitan dengan kemahiran Sains Perpustakaan untuk mengelolakan bahan-bahan serta ada kemahiran pengkatalogan, pengkelasan, penyediaan indeks, penyediaan bibliografi dan sebagainya. · Kemahiran Sebagai Juruteknik : sedikit kebolehan berkaitan pembaikan dan pemeliharaan alat-alat atau mesin di dalam PSS. Boleh membimbing dan membantu guru-guru serta murid menggunakan alatan dengan berkesan dan baik.
  • · Kemahiran Sebagai Kerani :
    • berkaitan dengan kerja-kerja perkeranian seperti taip-menaip, penduaan, penyusunan (filing), stamping, labelling sorting, dan menyemak.

Penubuhan Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah
Jawatankuasa Induk
Jawatankuasa ini menentukan keputusan-keputusan dan dasar-dasar yang penting dalam pengurusan PSS. Umumnya, Pengetua atau Guru Besar menjadi pengerusinya dan berkuasa menentukan dasar-dasar dan keputusan segera. Seterusnya Guru Penolong Kanan 1 mengisi jawatan Naib Pengerusi jawartankuasa ini. Jawatan Setiausaha seharusnya dilantik oleh Pengetua. Setiausaha akan bertindak sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Sebaiknya tugas ini diberikan kepada guru yangmenerima latihan khas dalam bidang Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran. Oleh sebab Pusat Sumber merupakan pusat aktiviti pembelajaran, ahli jawatankuasanya terdiri dari guru-guru kanan panitia mata pelajaran. Selain daripada itu, ahli PIBG juga boleh dimasukkan ke dalam jawatankuasa ini bagi tujuan pengaruh dan sumbangan. Sumbangan berfaedah yang boleh dilakukan oleh mereka antaranya melakukan tugas-tugas penyusunan bahan, pemprosesan bahan, perkhidmatan pinjaman dan pulangan dan aktiviti galakan membaca.
Jawatankuasa Kerja PSS
Ahli jawatankuasa ini menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pengurusan, organisasi, penghasilan dan penggunaan PSS seperti yang dirancangkan oleh Jawatankuasa Induk. Mereka terdiri dari guru-guru yang dikenalpasti oleh Pengetua/Guru Besar atau yang dicadangkan oleh Penyelaras PSS. Mereka adalah pembantu kepada Penyelaras dalam deskripsi tugas tertentu mengikut kepakaran masing-masing. Pengagihan kerja dilakukan oleh Penyelaras kepada ahli-ahli tersebut dan setiap mereka perlu mengetahui tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.Jawatankuasa Pengawas/Pembantu
Ini terdiri daripada;
  • · Guru penyelaras sebagai pengerusi
  • · Murid-murid yang mewakili tiap kelas sebagai ahli-ahli.
  • · Lantikan mana-mana kakitangan sekolah yang berkebolehan dan berminat untuk membantu tugas perkeranian. Mungkin terdiri daripada pelayan pejabat, tukang kebun atau buruh am.
  • · Juruteknik
Kemudahan Fizikal
Pertimbangan Umum
  • Pengguna dan bilangannya
  • Jenis perkhidmatan PSS
  • Ruang-ruang untuk kegiatan PSS

Aspek Khusus
  • Lokasi - Terletak di tempat berpusat dan senang dilawati - Sebaiknya berada di tingkat bawah atau tingkat pertama
  • Kemungkinan pengubahsuaian - Ruang yang disediakan haruslah terletak di satu tempat yang dapat dikembangkan untuk keperluan masa depan. - Perabot hendaklah merupakan modular dan bukannya dimatikan supaya senang diubahsuai bila perlu.
  • Suasana yang menarik - Keceriaan diutamakan
  • Cahaya dan pengudaraan - Lokasi yang mempunyai kemasukan cahaya yang baik - Sistem pengudaraan yang sesuai (terdapat alat penyedut udara keluar).
  • Accoustics - Pemeliharaan dari gangguan kesan bunyi - Sekurang-kurangnya lantai dialas getah serta kaki kerusi dan meja juga beralas.
  • Punca kuasa - Pastikan punca kuasa elektrik mencukupi dan bersesuaian dengan bahan-bahan yang memerlukannya.
  • Basin/Sinki Perlu disediakan berhampiran ruang kerja untuk kegunaan mencuci segala kekotoran.

Keluasan Ruang
Pada umumnya luas atau saiz PSS adalah bergantung kepada bilangan murid di sekolah-sekolah. Keluasan bagi bangunan-bangunan sekolah baru adalah berdasarkan bilangan bilik darjah yang terdapat di sekolah-sekolah sebagaimana yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. .

Alat perabot dan kelengkapan
  • Antara alat perabot yang diperlukan di sesebuah PSS ialah : Meja Kerusi Rak buku (tinggi dan rendah) Kaunter edaran Almari Kabinet katalog kad Papan kenyataan Penyangga surat khabar Troli Kabinet fail tegak Rak majalah Karel pendengaran Rak carta Rak peta Tempat untuk rujukan ucapan
  • Dewasa ini terdapat aliran baru bagi PSS iaitu menyediakan alat kelengkapan atau perabot yang modular, mudah bergerak dan bersifat serbaguna. Kriteria yang patut dipertimbangkan dalam menyediakan alat perabot ini ialah: - Mengikut ukuran standard untuk kegunaan PSS - Mudah dan selamat digunakan - Tahan lama - Berguna dan selesa - Indah dipandang - Padat dan menjimatkan ruang
  • Bagi sekolah-sekolah yang tidak berkemampuan, pertimbangan yang teliti patut diberi iaitu menyediakan alat perabot berdasarkan keutamaan keperluan.
  • Alat perabot yang dihantar oleh Kementerian Pendidikan ke PSS harus diberi perhatian agar ia tidak diselewengkan oleh pihak kontraktor dengan menghantar bekalan yang tidak sepatutnya. 5.4.5 Membuat pengubahsuaian
  • Bagi sekolah yang tidak mempunyai bilik khas PSS, bilik-bilik biasa perlu diubahsuai.
  • Dalam perancangan, keutamaan atau priority dalam penyediaan alat atau jenis perabot diambil kira secara berperingkat.
  • Sekiranya terdapat kekurangan ruang, bahan-bahan boleh ditumpang di mana-mana bilik yang berhampiran.
  • Sekolah yang tidak mempunyai ruang
    • Bahan dan alat boleh disimpan di bilik guru.
    • Bahan dan alat dipinjamkan kepada semua kelas.
    • Setiap kelas harus mewujudkan sudut sumber * Kekurangan kemudahan fizikal bukan alasan untuk tidak langsung mewujudkan Pusat Sumber Sekolah.

Pentadbiran
Perolehan
  • Pembelian umumnya dibuat 2 kali setahun iaitu sekali pada penggal pertama dan kali keduanya pada penggal kedua persekolahan. Bagaimanapun pembelian ini tertakluk kepada wang kerajaan yang ada serta melalui pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. 6.1.2 Manakala pembelian melalui wang SUWA tidak semestinya melalui pembekal (vendor ) yang dilantik dan tempoh yang ditetapkan.
  • Pembelian berdasarkan keseimbangan pembangunan koleksi dan koleksi berupa bahan buku dan perisian.
Rekod
Jenis-jenis rekod yang dicadangkan patut disimpan dan perlu dikemaskini:
  • Buku Daftar Perolehan · Rekod Bahan Buku · Rekod Bahan Bukan Buku · Rekod Terbitan Berkala
  • Rekod Pinjaman Bahan
  • Rekod Penggunaan Bahan 6.2.5 Rekod Koleksi Bahan
  • Simpanan Kira-kira Perbelanjaan (Kewangan)
  • Rekod Pelupusan
  • Rekod Lawatan
Pemprosesan Bahan
Bahan-bahan di dalam sesebuah pusat sumber itu perlu diproses sebelum diedarkan untuk penggunaan. Pentadbir atau penyelaras perlu menentukan piawaian dalam hal ini iaitu;
  • Cop Hak Milik
  • Poket dan Kad Buku
  • Slip Tarikh Pulang
  • Label Tulang Buku
Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan
Langkah paling penting perlu dilakukan bagi setiap bahan sumber di pusat sumber sekolah adalah menyediakan katalog dan pengkelasan. Dalam hal ini, seserang pentadbir atau penyelaras itu perlu menguasai kemahiran pengkelasan dan pengkatalogan ini dengan merujuk;
  • AACR (Anglo-American Cataloguing Rules)
  • Tajuk Perkara · Library Congress Subjects Heading · Perpustakaan Negara Malaysia
  • DDC (Dewey Decimal Cataloguing) Edisi ke-21
  • Jenis-jenis katalog yang perlu disediakan adalah
    • · Senarai rak · Entri Pengarang
    • · Entri Judul
    • · Entri Perkara
    • · Entri Tambahan
Penentuan Dasar Perancangan
Setiap pentadbir atau penyelaras PSS sesebuah sekolah itu perlu membuat perancangan mengikut keperluan sekolah. Antara faktor-faktor yang perlu diambil kira ialah;
  • · Lokasi dan keadaan fizikal sekolah secara keseluruhannya.
  • · Keadaan murid-murid : bilangan, peringkat umur, jantina, kebolehan, minat dan sebagainya.
  • · Keadaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) : bilik, ruang, perabot, dan koleksi alat dan bahan.
  • · Keperluan kurikulum dan ko-kurikulum sekolah.
  • · Tenaga kakitangan.
  • · Keperluan untuk guru dan pengajaran.
  • · Sumber kewangan.
Aspek-aspek perancangan
  • Rancangan
    • · Pembangunan fizikal dan alat perabot PSS
    • · Pembangunan koleksi PSS (Alat dan Bahan)
    • · Pertambahan kakitangan dan pembantu
    • · Pertambahan sumber kewangan
    • · Latihan untuk guru-guru di sekolah
  • Perkhidmatan
    • · Pinjaman/Rujukan
    • · Pandang/dengar
    • · Reprografi dan Cetakan
    • · Fotografi
    • · Rakaman
    • · Nasihat dan bantuan
  • Aktiviti
    • · Pembacaan dan rancangan bacaan
    • · Sesi bercerita
    • · Pameran
    • · Peraduan
    • · Ceramah
    • · Bengkel/Kursus
    • · Kerja-kerja kumpulan
  • Tempoh dan Butiran Perancangan .
  • Segala butiran perancangan PSS dapat disediakan dalam sebuah 'Buku Biru' atau Rancangan Pembangunan Pusat Sumber Sekolah. Ini meliputi perancangan;
    • · Jangka Pendek (semasa/se tahun)
    • · Jangka Panjang (mengikut 'target' dalam beberapa tahun: 3 - 5 tahun dan sebagainya).
  • Implikasi Kewangan
Dalam menyediakan perancangan tersebut, haruslah dinyatakan secara praktikal implikasi kewangan. Ini termasuk;
    • · Sumber-sumber kewangan yang mungkin didapati
    • · Anggaran perbelanjaan mengikut tahun-tahun yang berkenaan
Penilaian
Penilaian dibuat adalah di atas perkara-perkara berikut;
  • Pilih buang : dilakukan untuk tujuan memberikan perkhidmatan yang lebih baik, bermutu, berkualiti dan sentiasa kemaskini. Aspek yang perlu diambilkira adalah;
    • · bentuk fizikal bahan : kulit yang koyak, muka surat yang hilang, penjilid tanggal, gambar kabur, alatan rosak yang tidak boleh dibaiki lagi.
    • · isi dan maklumat hilang, tidak sesuai dari segi ejaan/perbendaharaan kata, fakta dan maklumat tidak sesuai dengan masa, maklumat mengelirukan dan kesan negatif.
    • · aspek teknikal dan teknik persembahan yang tidak sesuai lagi. *Proses pilih buang perlu dibuat sekali dalam tempoh 3 tahun
  • Stok Inventori (dilakukan 3 tahun sekali)
    • · Menyemak bahan yang hilang
    • · Semak dan baiki bahan yang rosak
  • Menganalisa rekod penggunaan dan pinjaman pengguna
  • Fail Kuasa Penyediaan Fail Kuasa adalah perlu bagi menentukan dasar dan peraturan yang dipakai oleh sesuatu pentadbiran PSS itu. Ia juga menjadi sumber rujukan piawaian dalam mentadbir sesebuah PSS untuk menjamin mutu perkhidmatannya. Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian di dalam Fail Kuasa ialah;
  • Pengurusan
    • · Kewangan
    • · Kakitangan
  • Pentadbiran
    • · Proses teknik
    • · Perubahan-perubahan pengkatalogan dan pentadbiran
    • · Peraturan pusat sumber
    • · Prosedur kerja dan carta alir
    • · Senarai tugas kakitangan PSS
  • Perkembangan PSS
    • · Pembangunan Koleksi
    • · Aktiviti PSS
    • · Bangunan PSS
Peraturan dan Panduan
PSS Ini adalah berkaitan denga penggunaan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhannya. Sekurang-kurangnya ada 2 jenis peraturan dan panduan yang patut disediakan:
  • Untuk murid-murid Ditegaskan bagi perkara-perkara berikut;
    • · Masa PSS dibuka
    • · Pinjaman : bilangan bahan dan tempoh dipinjam seperti maksima 2 buah buku dalam tempoh 3 hari.
    • · Keselamatan bahan-bahan PSS
    • · Kebersihan PSS
    • · Disiplin dan lain-lain
  • Untuk Kakitangan/Guru Mesti ditegaskan perkara-perkara berikut;
    • · Bahan-bahan yang boleh diguna dan dipinjam
    • · Jadual dan masa menggunakan dan meminjam bahan-bahan
    • · Cara peminjaman dilakukan dan sebagainya.
  • Sistem Pinjaman Bahan Buku (menggunakan Sistem Brown yakni kad biasa)
    • · Pinjaman biasa
    • · Pinjaman buku-buku 'red-spot'
    • · Pinjaman berkelompok (bulk-loan) 5.9.1.2 Bahan Bukan Buku
    • · Perlu ada suatu sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman 'hardware' · Perlu disediakan satui sistem pinjaman yang mudah untuk bahan bukan buku (software}
  • Pengurusan Penggunaan Rancanga Radio/TV Pendidikan
    • Pengurusan Penggunaan
      • Penggunaan nota-nota guru dengan sebaik-baiknya
      • Menyediakan bilik tayangan bagi mengikuti rancanagan TV/Tadio Pendidikan denga cara yang berkesan

Wednesday, 10 August 2011

DEFINASI PUSAT SUMBER SEKOLAH

DEFINASI PUSAT SUMBER SEKOLAH
       Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ;
       Pusat sumber  sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta  koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
       Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
 


KONSEP

        Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan:
        Satu Tempat:
        Koleksi:
        Perkhidmatan:
        Agen Perubahan:

OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH


Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah
Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah   tradisional sahaja.
Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan   penggunaan maklumat secara sistematik.
Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan   dan bahan pengajaran - pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang   berbeza di kalangan    pelajar - pelajar
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses   pembelajaran.

1.Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan    kokurikulum.
2.Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu   atau kimpulan dalam proses pembelajaran.
3.Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan dinilai   untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
4.Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain untuk   kegunaan dalam kelas atau di rumah.
5.Memberi panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan   maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
6.Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
7.Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
8.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan   semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
9.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan   semasa dan.perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
10.Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi   memudahkan proses pembelajaran.
CIRI - CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN.
Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi,   tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah.
Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.
Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang   tahun.
Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat   bahan , alatan dan maklumat.
Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.
Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran -   pembelajaran
Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu   kurikulum.

 A.  PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Keberkesanan pusat sumber memerlukan pengurusan yang cekap dan  sistematis. Sebagai panduan, proses pengurusan tersebut dibahagikan kepada  sepuluh langkah.


LANGKAH PERTAMA
PENUBUHAN JAWATAN KUASA 


A. Penubuhan Jawatan kuasa induk pusat sumber
  * Guru Besar sebagai Pengerusi
  * Guru Penolong Kanan Kurikulum sebagai Naib Pengerusi dan Penyelaras.
  * Guru Penyelaras Pusat Sumber sebagai setiausaha, Guru Pusat Sumber, Guru    kanan mata pelajaran, Guru - guru kanan Persatuan / Kelab, wakil PIBG dan    wakil Lembaga Pengurus Sekolah sebagai Ahli - ahli Jawatankuasa.(Penubuhan    Jawatan Kuasa  Pusat Sumber ini mestilah diubahsuai dengan keadaan sekolah    masing -masing).
B. Penubuhan Jawatankuasa kerja PSS
     Ini terdiri daripada :
  * Guru Penyelaras sebagai pengerusi.
  * Pelajar yang mewakili tiap -tiap kelas sebagai ahli.
C. Pelantikan Pembantu perkeranian.
     Boleh diusahakan perlantikan mana - mana kakitangan sokongan sekolah yang   berkebolehan dan berminat untuk membantu kerja - kerja perkeranian. Ini mungkin   terdiri daripada kerani, juru taip atau pembantu am rendah atau mana - mana staf   yang diperuntukan oleh pihak pengurusan sekolah.
D. Penentuan Dan Pembahagian Bidang Tugas.
     Bidang tugas jawatankuasa dan kakitangan hendaklah ditentukan dengan jelas dan   tidak timbal balik antara satusama lain.
  *  Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah.
  *  Guru Pusat Sumber (1).
  *  Guru Pusat Sumber (2).
  *  Jawatankuasa kerja pusat sumber.
  *  Pembantu pusat sumber.
LANGKAH KEDUA
JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH


Rancangan pengoperasian PSS oleh Jawatankuasa induk :
 a. Menggubal polisi pelaksanaan dan penggunaan Pusat Sumber.
 b. Merancang peruntukan kewangan PSS dari segi mencadang dan mencari,
Punca Kewangan :
   Untuk pelajar, mestilah ditegaskan perkara seperti berikut :
   *  Masa PSS dibuka.
   * Kemudahan yang disediakan
   * Pinjaman - bilangan bahan dan tempoh pinjaman.
   * Keselamatan alatan dan bahan PSS.
   * Disiplin dan lain -lain.
   Untuk guru dan kakitangan, mestilah ditegaskan perkara -perkara berikut :
   * Bahan -bahan yang boleh diguna dan dipinjam.
   * Jadual dan masa mengguna serta meminjam bahan.
   * Cara peminjaman dilakukan.
   * Perkhidmatan Khas.
  Menentukan sistem dan peraturan pinjaman bahan.
  Bahan buku:
  Biasanya digunakan sistem Brown, yakni menggunakan kad yang mempunyai butiran peminjam dan tarikh pemulangan. Dalam pada itu harus ditentukan peraturan bagi :
   * Pinjaman biasa.
   * Pinjaman buku -buku khas.
   * Pinjaman berkelompok ( bulk - loan )
  Bahan bukan buku :
  Perlu ada satu sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan. Disamping itu perlujuga disediakan satu sistem pinjaman yang mudah untuk bahan - bahan bukan buku.
LANGKAH KETIGA.LANGKAH KETIGA 
RANCANGAN PERKHIDMATAN


Rancangan perkhidmatan Pss oleh guru Pss mengenai perkara - perkara berikut :
   * Perkembngan fizikal pusat sumber.
   * Perkembangan koleksi
   * Perancangan promosi dan seranta.
   * Perancangan aktiviti.
   * Latihan pengurusan dan penggunaan PSS.
   *  Penilaian Pengurusan dan penggunaan PSS.
   * Penghasilan bahan penganjuran pembelajaran, promosi dan panduan.
LANGKAH KEEMPAT 
JAWATANKUASA KERJA


 Latihan dan bengkel kepada jawatankuasa kerja pusat sumber yang terdiri dari pelajar -pelajar bagi melaksanakan tugas -tugas berikut :
   i   Memfail keratan akhbar dan menyusun bahan di rak.
   ii. Membantu memproses bahan seperti melapik, mengguntung, melekat poker kad      pinjaman dan   slip, tarikh pulangan dan melekat label.
   iii. Mengurus pinjaman / pulangan bahan di kaunter edaran.
   iv. Menjilid majalah dan surat khabar.
   v.  Menggunting suratkhabar / majalah yang telah ditentukan oleh guru pusat sumber untuk tujuan fail tegak.
   vi. Mengemas dan membersihkan bilik pusat sumber.
   vii.Memperbaiki buku.
   viii.Membantu guru pusat sumber di dalam mengendalikan pondok ilmu dan sudut aktiviti.
   ix. Membantu guru pusat sumber menghasilkan bahan pembelajaran
   x. Mengambil bahagian di dalam rancangan siaraya ( radio sekolah).
LANGKAH KE LIMA
KECERIAAN


 Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
   i. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabot, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan.
   ii. Susunan danperuntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
   iii. Panduan dan label tunjuk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
   iv. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat.
   v. Poster, carta dan gambar - gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.


LANGKAH KE ENAM
ORIENTASI


Pelaksanaan orientasi PSS kepada pelajar baru melalui aktiviti penyampaian maklumat mengenai :
   i. Jenis - jenis perkhidmatan yang dapat dimamfaatkan oleh pelajar.
   ii. Peraturan dan panduan Pusat Sumber.
   iii. Bahan pusat sumber dan penggunaannya mengikut keperluan pelajar.
   iv. Kad ahli dan kegunaannya dan,
   v. Mendapatkan profil pelajar bagi tujuan perolehan bahan selara dengan minat dan keperluan pelajar
LANGKAH KE TUJUH.
REKOD


Pengemaskinian rekod PSS dan memperbaharui pesanan akhbar dan majalah jika perlu contoh rekod seperti berikut dan boleh diubahsuai mengikut keperluan.
Setiap PSS perlu menyimpan dan mengemaskini rekod yang disimpan iaitu :
   *  Rekod perolehan bahan
   * Rekod pinjaman bahan
   * Rekod penggunaan bahan.
   * Rekod penggunaan kemudahan fizikal dan alatan.
   *  Rekod koleksi bahan.
   * Rekod belanjawan.
   * Lain -lain rekod yang difikirkan perlu.
LANGKAH KE LAPAN
PROMOSI


Melaksanakan promosi dan galakan penggunaan PSS yang dijadualkan untuk sepanjang tahun.
  A. Pameran bahan mengikut topok atau tema
  B. Ceramah buku
  C. Pertandingan yang berhubung dengan penggunaan pusat sumber.
  D. Pameran poster -poster yanmg berkaitan dengan pusat sumber sama ada hasil pelajar atau sumbangan dari badan - badan / jabatan - jabatan tertentu.
  E. Mengadakan sesi bercerita, berlakon, menyanyi dan sebagainya
  F. Membuat projek seperti model, carta dan sebagainya berdasarkan topik yang dipelajari.
  G. Kegiatan - kegiatan yang lain untuk mempertingkatkan kemahiran penggunaan PSS.
LANGKAH KE SEMBILAN
AKTIVITI


Lawatan dan ceramah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pusat maklumat yang lain.
 Menganjurkan aktiviti yang ada kaitan dengan pusat sumber seperti :
  i.  Melawat perpustakaan awam
  ii. Melawat pusat sumber sekolah yang lain.
  iii.Melawat pesta buku.
  iv.Melawat jabatan - jabatan kerajaan seperti Jabatan Penerangan.
  vi.Menjemput penceramah dan tokoh untuk memberi ceramah mengikut topik yang dikenalpasti
LANGKAH KE SEPULUH
PENYEMAKAN STOK.


Penyemakan stok , penilaian dan penyediaan laporan tahunan PSS
 Penyemakan stok 
 Dijalankan bagi mengesan bahan yang :
   *  hilang
   * rosak
   * tidak sesuai
   * tidakdigunakan langsung
   * tidak kemaskini


PENILAIAN 


 I. Kepentingan
  Penilaian adalah penting untuk mengetahui :
  * Kemajuan keseluruhan rancangan Pusaat Sumber Seolah.
  * Kekurangan atau masalah yang mungkin ada.
  * Membuat perancangan secara keseluruhan.
  * Mengubahsuai atau memperbaiki rancangan yang sedang dijalankan.
 II. Pendekatan
  Pada umumnya penilaian dapat dilaporkan melalui cara - cara berikut :
  * Bukti yang diperolehi dari membuat perbandingan dengan piawaian perpustakaan tertentu.
  * Berdasarkan hasil - hasil kaji selidik yang telah dilakukan kepada murid - murid yang menggunakan PSS.
  *  Data atau maklumat yang dikumpulkan oleh pihak PSS untuk satu tempoh tertentu.
  * Pandangan atau ulasan yang fdikemukakan oleh pihak -pihak yang terlibat dalam rancangan PSS itu.
 III. Rekod yang disimpan
Penilaian boleh dilakukan berdasarkan rekod - rekod yang disimpan oleh pihak PSS dalam aspek -aspek berikut :
  * Bilangan peminjam
  * Bilangan dan jenis bahan yang dipinjam
  * Perbelanjaan
  * Jenis -jenis aktiviti
MAKLUMAT


Perangkaan atau maklumat yang diperlukan,diproses dan dianalisisa suparya satu kesimpulan dapat dicapai mengenai prestasi PSS yang berkenaan. Biasanya maklumat yang dikumpulkan itu digunakan juga dalam hubungan pemyeliaan berdasarkan piawaian seperti berikut :
 IV. Maklumbalas dan pendapat
Soal selidik bole dijalankan secara bertulis atau lisan untuk mengumpulkan pendapat dari guru dan pelajar mengenai rancangan PSS di sekolah - sekolah tertentu. Soalan -soalan yang dikemukakan dalam kajian itu meliputi :
   * Aspek -aspek umum - seperti perkhidmatan, jens aktiviti dan koleksi alatan  dan bahan.
   * Aspek aspekk tertentu - seperti bahan bacaan, minat membaca,kekerapan penggunaan dan sikap atau pandangan terhadap PSS.
 V. Menganalisa dan menyebarkan hasil maklumat
Data - data yang telah dikumpul melalui pendekatan tertentu itu haruslah diproses dan dianalisia. Misalnya jika data yang dikumoul itu menunjukkan pada sesuatu bulan bilangan peminjam itu berkurangan, maka hendaklah dianalisa dan ditentukan sebab -sebab berlakunya kekurangan itu.
Setalah disediakan laporan penilaian, hasilnya patutlah disebarkan untuk,akluman umum dan jika perlu tindakan selanjutnya diambil. Hasil dapatan kajian penilaian itu hendaklah digunakan sebagai dasar atau panduan untuk peningkatan pengurusan dan penggunaan PSS.

My Great Web page